KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 998 kemasukan harian ke hospital akibat Covid-19 semalam.
Laman web CovidNow menunjukkan penggunaan hospital meningkat kepada 64.6% semalam manakala kadar pengambilan katil untuk kes koronavirus meningkat kepada 27.7% semalam daripada 26.7% sehari sebelumnya.
Walaupun begitu Malaysia kini melaporkan kurang 1,000 kemasukan harian akibat Covid-19 selama 25 hari berturut-turut.
Kadar kemasukan ke hospital menunjukkan tahap keterukan virus. Penggunaan hospital termasuk penghunian katil dan bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) serta ventilator.
Wilayah Lembah Klang mempunyai bilangan kemasukan ke hospital tertinggi iaitu sebanyak 395 kes.
Selangor mencatatkan 221 daripada kes tersebut diikuti oleh Kuala Lumpur (147) dan Putrajaya (27).
Penggunaan katil di Lembah Klang termasuk untuk kes bukan Covid-19 meningkat kepada 57.5%.
Negeri lain yang melaporkan kemasukan baharu ialah Johor (174), Sabah (106), Negeri Sembilan (73), Kelantan (61), Kedah (38), Perak (33), Sarawak (29), Terengganu (23), Pahang (22), Pulau Pinang (21), Melaka (14) an Perlis (9).
Hanya Labuan yang tidak melaporkan sebarang kemasukan baharu berkaitan koronavirus.
Kadar penggunaan hospital di Kedah adalah yang tertinggi dengan 81.8%.
Sementara itu Malaysia melaporkan 2,842 kes baharu koronavirus semalam.
Lembah Klang mencatatkan 755 kes baharu atau 26.6% daripada keseluruhan kes dengan Selangor berjmlah 514 kes diikuti oleh Kuala Lumpur (204) dan Putrajaya (35).
Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kes baharu ialah Kelantan (397), Johor (284), Sabah (258), Kedah (237), Pulau Pinang (230), Pahang (146), Terengganu (138), Negeri Sembilan (117), Melaka (105), Perak (101), Perlis (45), Sarawak (24) dan Labuan (5).
Penggunaan alat ventilator adalah pada 35.7% manakala penggunaan ICU 52.3% di mana 24.5% adalah disebabkan oleh koronavirus.
Jumlah kes aktif menurun kepada 39,682.
Daripada jumlah itu 32,421 pesakit dikuarantin di rumah, 3,522 di pusat kuarantin berisiko rendah dan 3,487 di hospital.
Terdapat 252 pesakit berada di ICU di mana 134 daripada memerlukan alat bantuan pernafasan. – 5 Januari, 2022.
Komen