KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan 31 kematian baharu Covid-19 di mana sembilan daripadanya kes kemayian luar hospital.
Data GitHub kementerian menyenaraikan semua kematian adalah kes tertunggak.
Jumlah kematian akibat koronavirus kini adalah 31,591 yang mana 6,375 diisytiharkan sebagai kes kematian luar hospital.
Angka kematian harian ialah jumlah yang dilaporkan pada hari itu ditambah kes yang baru disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan disebabkan Covid-19 selepas siasatan.
Selangor merekodkan jumlah kematian tertinggi iaitu sembilan.
Negeri lain yangt turut melaporkan kes kematian baharu termasuk Johor, Kedah, Kelantan, Perak dan Sabah (masing-masing 3 kes), Pahang dan Pulau Pinang (masing-masing 2 kes), Negeri Sembilan, Terengganu dan Kuala Lumpur (masing-masing 1 kes).
Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya tidak melaporkan kes kematian baharu yang dikaitkan dengan virus itu.
Daripada sembilan kes kematian luar hospital yang dilaporkan, Perak dan Sabah masing-masing merekodkan tiga kes, manakala Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor masing-masing mencatatkan satu.
Kadar kematian Covid-19 tempatan adalah pada 0.8% semalam, manakala purata kematian akibat jangkitan adalah lapan bagi setiap sejuta orang. – 5 Januari, 2022.

Komen