PKPD di Felda Keratong 5 bermula Khamis ini


PKPD di Felda Keratong 5 dibuat selepas meneliti penilaian risiko Kementerian Kesihatan serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Januari, 2022.

PERINTAH kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Keratong 5, Rompin, Pahang bermula Khamis ini hingga 19 Januari.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti penilaian risiko Kementerian Kesihatan serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit. 

Beliau juga berkata tiada pelanjutan atau penamatan bagi mana-mana PKPD di seluruh negara hari ini. – Bernama, 4 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen