KKM lapor 2,842 kes baharu Covid-19


Aminah Farid

Sebanyak 2,769,886 juta penduduk Malaysia dijangkiti Covid-19 sejak bermulanya wabak itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Januari, 2022.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 2,842 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, angka kedua terendah dalam tempoh dua minggu.

Kali terakhir Malaysia mencatatkan penurunan jangkitan adalah semalam apabila 2,680 kes direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hishsam Abdullah berkata 2,769,886 juta orang dijangkiti sejak bermulanya wabak itu.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik di laman web CovidNow selepas tengah malam.

Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan di seluruh negara ialah 0.99 setakat semalam, dengan nilai lebih 1.0 bermakna jangkitan sedang merebak. – 4 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen