2,690 kes baharu Covid-19, terendah dalam tempoh 2 minggu


Ravin Palanisamy

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di negara ini sejak wabak bermula ialah sebanyak 2,767,044. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Januari, 2022.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 2,690 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini yang merupakan angka terendah dalam tempoh dua minggu. 

Kali terakhir Malaysia mencatatkan jangkitan terendah berbanding hari ini ialah pada 20 Disember 2021 dengan 2,589 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di negara ini sejak wabak bermula ialah sebanyak 2,767,044.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik di laman web CovidNow selepas tengah malam.

Noor Hisham berkata kadar jangkitan di seluruh negara adalah 0.99 setakat 2 Januari.

Untuk mengelakkan sebarang lonjakan kes Covid-19, nilai R-naught mesti dikekalkan di bawah ambang 1.0.

Mengikut kadar jangkitan mengikut negeri hanya Johor dan Kelantan mempunyai nilai R-naught 1 atau lebih.

Negeri selatan melaporkan nilai R-naught 1.01 manakala Kelantan pada 1.00. – 3 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen