KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 2,882 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes terbaharu ini menjadikan beban ditanggung negara kini sebanyak 2,764,354.
Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik di laman web CovidNow selepas tengah malam.
Setakat semalam 22.9 juta orang atau 97.7 peratus populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka.
Berdasarkan portal CovidNow KKM, 23.2 juta orang atau 98.9 peratus golongan ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, 87.6 peratus atau 2.76 juta remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2.85 juta belia atau 90.5 peratus dalam kumpulan umur ini telah diberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 40,729 dos telah diberikan setakat semalam, dengan 512 dos untuk penerima pertama, 754 untuk dos kedua dan 39,463 untuk dos penggalak.
Lebih 57.7 juta dos kini telah diberikan di bawah program imunisasi Covid-19 kebangsaan. – 2 Januari, 2022.
Komen