97.7% populasi dewasa negara lengkap divaksin


Sebanyak 23,151,949 individu atau 98.9% daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Januari, 2022.

SEBANYAK 22,859,803 individu atau 97.7% populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sebanyak 23,151,949 individu atau 98.9% daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.6% atau 2,756,306 melengkapkan vaksinasi manakala 2,847,794 atau 90.5% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 40,729 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 512 dos pertama, 754 dos lengkap dan 39,463 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 57,745,456 dos dengan 6,329,155 daripadanya adalah dos penggalak. – Bernama, 2 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen