KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 26 kematian akibat koronavirus semalam termasuk tiga kes kematian di luar hospital.
Menurut data mentah GitHub KKM semua kematian yang dilaporkan adalah kes tertunggak.
Angka kematian negara kini sebanyak 31,513 kes di mana 6,358 adalah kes kematian di luar hospital.
Angka kematian harian ialah jumlah kematian yang dilaporkan pada hari kejadian ditambah kes yang baru disahkan oleh KKKM disebabkan oleh Covid-19.
Kuala Lumpur melaporkan jumlah kematian terbanyak iaitu tujuh kes.
Negeri lain yang melaporkan kematian baharu ialah Selangor (empat), Pahang, Perak, Terengganu (masing-masing tiga), Kedah (dua), Johor, Negri Sembilan, Sarawak (masing-masing satu).
Tiada kematian berkaitan koronavirus dilaporkan di Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Labuan dan Putrajaya.
Daripada tiga kes kematian di luar hospital yang dilaporkan, dua di Kuala Lumpur dan selebihnya di Selangor.
Kadar kematian Covid-19 tempatan adalah pada 0.9% semalam manakala purata kematian akibat jangkitan adalah sembilan bagi sejuta orang. – 2 Januari, 2022.
Komen