Tak patut tangguh umrah, kata persatuan syarikat pengendali


Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra) dilaporkan menggesa demikian bagi menjawab pengumuman penangguhan umrah bermula 8 Januari. – Gambar AFP, 1 Januari, 2022.

KERAJAAN sepatutnya hanya memperketat prosedur operasi standard (SOP) untuk menunaikan umrah dan tidak terus menangguhkannya, kata syarikat pengendali terbabit.

Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra) dilaporkan menggesa demikian bagi menjawab pengumuman penangguhan umrah bermula 8 Januari.

Seorang Naib Presidennya Shamsulnidza Mudari memberitahu Utusan Online, langkah itu akan mengundang pelbagai implikasi buruk terhadap rantaian penggiat industri pelancongan.

“... Tindakan yang perlu bagi membendung penularan Covid-19 terutama varian Omicron yang sekarang dikatakan lebih menular dalam kalangan jemaah umrah adalah dengan memperketatkan SOP,” katanya.

Tambahnya keputusan melibatkan ibadah umrah perlu dikaji lebih terperinci memandangkan banyak agensi pelancongan sudahpun gulung tikar akibat penangguhan umrah sebelum ini.

Perjalanan untuk menunaikan umrah dibenarkan semula sejak Oktober. – 1 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen