SERAMAI 868 individu positif Covid-19 dimasukkan di hospital semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Data KKM di laman web CovidNow menunjukkan kadar penggunaan katil hospital semalam turun kepada 62.5%, dengan 28.1% daripadanya pesakit Covid-19.
Tahap serius jangkitan Covid-19 adalah berdasarkan kemasukan harian ke hospital, manakala kapasiti hospital merangkumi penggunaan katil, bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan alat bantuan pernafasan.
Di Lembah Klang, seramai 286 individu positif Covid-19 di hospital semalam, dengan kadar penggunaan katil 59.7%.
Selangor rekod 255 pesakit baharu, manakala Kuala Lumpur (17) dan Putrajaya (14).
Di negeri-negeri lain, Johor merekodkan angka kemasukan baharu 199 kes, diikuti Sabah (83), Kelantan (75), Negeri Sembilan (51), Sarawak (38), Perak (34), Kedah (27), Pahang (25), Terengganu (21), Penang (17), Melaka (6) dan Perlis (6).
Melaka satu-satunya catat kadar penggunaan katil hospital lebih 80% iaitu pada 82.6%.
KKM semalam melaporkan 3,573 kes baharu Covid-19.
Pertambahan itu menjadikan jumlah jangkitan Covid-19 dalam negara kini mencecah 2,758,086 kes.
Bagi kes aktif pula, setakat semalam sebanyak 41,221 direkodkan setakat semalam. Daripada jumlah itu, 34,069 menjalani kuarantin di rumah, 3,368 di pusat kuarantin, manakala 3,515 lagi di hospital.
Sementara itu, seramai 269 pesakit Covid-19 dirawat di ICU, dengan 163 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan. – 1 Januari, 2022.
Komen