KKM lapor 34 kematian baharu Covid-19


Jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 31,462 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Disember, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 34 kematian akibat Covid-19 setakat 11.59 malam tadi, termasuk 11 kes berlaku di luar hospital (brought in dead).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 31,462 kes, menurut KKM.

Angka kematian harian yang dilaporkan oleh KKM merangkumi jumlah kematian baharu dan kes tertunggak, dengan ada antara mangsa meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Oleh itu, laporan harian mungkin berbeza dari jumlah kematian sebenar yang berlaku dalam sehari.

Berdasarkan data dikeluarkan GitHub, Perak catat angka kematian tertinggi iaitu lapan kes.

Di negeri-negeri lain, tujuh kes direkodkan di Sabah, Johor (4) serta masing-masing tiga kes di Kelantan, Pahang dan Selangor.

Kemudian diikuti Terengganu (2), serta Kedah, Melaka, Perlis dan Kuala Lumpur masing-masing satu kes.

Kadar kematian Covid-negara adalah 1%. – 31 Disember, 2021.   


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen