KKM lapor 3,997 kes baharu Covid-19


Jumlah jangkitan Covid-19 dalam negara kini mencecah 2,754,513 kes, kata KKM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Disember, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan 3,997 kes baharu Covid-19 yang dikesan setakat 12 tengah hari tadi, naik sedikit berbanding 3,683 yang direkodkan semalam, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan menerusi Twitter berkata pertambahan itu menjadikan jumlah jangkitan Covid-19 dalam negara kini mencecah 2,754,513 kes.

Pecahan kes baharu mengikut negeri akan dimuat naik di laman web CovidNow selepas tengah malam ini, katanya.

Sementara itu, seramai 984 individu positf Covid-19 dimasukkan ke hospital di seluruh negara semalam.

Kadar penggunaan katil  hospital di seluruh negara pada 63.3%, dengan 28.3% adalah pesakit Covid-19. – 30 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen