MALAYSIA merekodkan 3,683 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah 2.75 juta.
Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke laman web CovidNow selepas tengah malam.
Menurut portal itu, 971 pesakit koronavirus dimasukkan ke hospital semalam.
Jumlah keseluruhan penggunaan katil hospital kekal 65% di seluruh negara, dengan 27.9% adalah pesakit Covid-19. – 29 Disember, 2021.
Komen