97.% populasi dewasa lengkap vaksin setakat semalam


Sebanyak 23,142,519 individu atau 98.9% daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – Gambar The Malaysian Insight, 29 Disember, 2021.

SEBANYAK 22,846,708 individu atau 97.6% populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sebanyak 23,142,519 individu atau 98.9% daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.4% atau 2,749,975 telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,843,040 atau 90.4% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sejumlah 153,228 dos vaksin diberikan melibatkan 145,179 dos penggalak, dengan 4,653 dos kedua dan 3,396 dos pertama.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 57,112,114 dengan 5,727,151 daripadanya adalah dos penggalak. – Bernama, 29 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen