Kemasukan hospital akibat Covid-19 meningkat kepada 971 


Ragananthini Vethasalam

Kemasukan hospital akibat Covid-19 meningkat kepada 971 semalam selepas kekal pada lingkungan 800 kes tiga hari berturut-turut.– Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Disember, 2021.

KEMASUKAN hospital akibat Covid-19 meningkat kepada 971 semalam, selepas kekal pada lingkungan 800 kes tiga hari berturut-turut, menurut data dari laman web CovidNow.

804 orang telah dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 pada Isnin.

Kadar penggunaan katil hospital di seluruh negara adalah pada 65%, yang mana 27.9% adalah untuk Covid-19.

Kemasukan hospital menunjukkan tahap keterukan virus, manakala penggunaan hospital termasuk penggunaan katil, serta bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan yang menggunakan alat bantuan pernafasan.

Lembah Klang merekodkan kemasukan harian tertinggi iaitu 287 dengan Selangor menyumbang sebahagian besar daripada kemasukan sebanyak 226, diikuti Kuala Lumpur dengan 35 dan Putrajaya 26.

Negeri lain dan wilayah persekutuan yang melaporkan kemasukan baharu ialah Johor (214), Kedah (34), Kelantan (77), Melaka (22), Negri Sembilan (48), Pahang (24), Perak (33), Perlis (11) , Pulau Pinang (24), Sabah (85), Sarawak (84), Terengganu (28).

Labuan satu-satunya wilayah yang tidak merekodkan kemasukan ke hospital.

Dari segi kadar penggunaan hospital, Melaka adalah yang tertinggi dengan 83.3% kapasiti katil di hospital telah digunakan.

Sementara itu, kadar penggunaan alat bantuan pernafasan adalah pada 37% dan unit rawatan rapi (ICU) ialah 55.2%.

Sehingga tengah malam tadi, 42,357 kes aktif Covid-19 direkodkan di Malaysia. Daripada jumlah ini, terdapat 302 kes aktif di ICU dengan 169 daripadanya diletakkan di bawah sokongan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, 35,247 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 3,303 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah manakala 3,505 dimasukkan ke hospital.

Kementerian Kesihatan turut merekodkan 2,897 kes jangkitan baharu semalam.

Semua negeri dan wilayah persekutuan merekodkan bawah 1,000 kes jangkitan.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 675 kes.

Negeri lain yang merekodkan kes baharu ialah Kelantan (295), Sabah (271), Johor (297), Kedah (245), Pahang (215), Pulau Pinang (183), Sarawak (19), Perak (117), Kuala Lumpur ( 205), Sabah (168), Sarawak (30), Terengganu (190), Melaka (144), Negeri Sembilan (94), Perlis (22), Putrajaya (24) dan Labuan (4). – 29 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen