KKM rekod 23 kes kematian Covid-19 


Ragananthini Vethasalam

KEMENTERIAN Kesihatan merekodkan 23 kematian baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu sehingga tengah malam, menjadikan jumlah kematian akibat koronavirus kepada 31,392.

Kesemua 23 kematian diklasifikasikan sebagai kes tertunggak.

Angka itu biasanya dikemas kini pada tarikh kemudian untuk menggambarkan kematian yang berlaku semalam.

Kementerian memperoleh angka harian daripada jumlah kematian yang dilaporkan pada hari tertentu, termasuk kes tertunggak yang baharu disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan selepas menyelesaikan siasatan klinikal.

Menurut data Git.hub kementerian, lapan daripada empat mangsa disahkan meninggal dunia di luar hospital.

Ini menjadikan jumlah kematian luar hospital kepada 6,338 manakala jumlah kematian dalam kalangan pesakit dalam ialah 25,054.

Mengikut negeri, Johor dan Terengganu melaporkan kes kematian tertinggi dengan masing-masing empat kes.

Negeri lain yang turut merekodkan kes kematian baharu adalah Perak (3), Kelantan (2), Sabah (1), Kedah (1),  Melaka (1), Negeri Sembilan (1), Selangor (2), Pahang (2), Kuala Lumpur (2) dan Terengganu (4).

Tiada kes kematian direkodkan di Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Purata kes kematian bagi setiap sejuta penduduk 11 kematian dengan Terengganu adalah yang tertinggi dengan 31 kematian bagi setiap sejuta orang. – 29 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen