SPRM, kerajaan perlu perjelas kelewatan siasat Azam Baki, kata kumpulan anti rasuah


Ketua Pesuruhjaya Azam Baki didakwa memiliki saham 4.2 juta saham dalam dua syarikat tersenarai awam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Disember, 2021.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kabinet perlu menjelaskan kelewatan dalam menjawab dakwaan serius salah laku melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, kata Transparency International Malaysia (TI-M).

TI-M dalam satu kenyataan hari ini berkata dakwaan itu mesti disiasat secara telus dan segera.

“SPRM dan Kabinet mesti menjelaskan kelewatan dalam menjawab dakwaan serius ini dan tindakan seterusnya yang akan diambil berhubung perkara yang sama terutamanya apabila ia (dakwaan) melibatkan imej agensi penguatkuasaan undang-undang yang diamanahkan untuk memerangi rasuah,” katanya.

TI-M berkata mereka terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh Edmund Terence Gomez baru-baru ini yang meletakkan jawatan sebagai ahli panel perundingan SPRM.

“Dilaporkan Borhan Dolah, pengerusi panel tersebut tidak menjawab dakwaan yang dilaporkan oleh Gomez berdasarkan dua artikel yang diedarkan mendedahkan dakwaan hubungan perniagaan dan konflik kepentingan melibatkan Azam,” katanya.

Pejuang sebelum ini menggesa ketua badan pencegah rasuah itu supaya diberi cuti sementara menunggu siasatan pihak berkuasa.

Ketua penerangannya Ulya Aqamah Husamudin berkata peletakan jawatan Gomez “amat mengejutkan dan membimbangkan”.

Gomez, seorang ahli ekonomi semalam meletak jawatan daripada badan itu sebagai protes atas kegagalannya bertindak terhadap dakwaan pemilikan saham oleh ketua pesuruhjaya SPRM Azam Baki dalam sebuah syarikat senarai awam. 

Tambahnya beliau membawa perkara itu kepada perhatian Borhan pada 12 November, menggesa mereka mengadakan mesyuarat bagi membincangkan “isu kritikal kepentingan negara”.

Borhan memberi maklum balas kepada Gomez bersetuju mengadakan mesyuarat itu yang masih belum menjadi kenyataan.

TI-M mempersoalkan SPRM kerana masih berdiam diri berkenaan isu itu dan berkata isu itu akan menjejaskan imej Malaysia.

“Adalah jelas badan pencegah rasuah itu tidak kekurangan panel bebas dan proses untuk menyiasat pegawainya atas dakwaan kesalahan, jadi persoalannya kekal mengapa sehingga kini tiada sebarang pengumuman diambil untuk menyiasat dakwaan itu?

“Isu-isu seperti ini jika dibiarkan dan tidak disengajakan akan menjejaskan persepsi seluruh dunia terhadap Malaysia dan SPRM sekali gus berpotensi menurunkan indeks seperti Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dan Barometer Rasuah Global (GCB),” – 28 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen