2,897 kes jangkitan baharu Covid-19 


Ravin Palanisamy

Malaysia terus merekodkan kes harian Covid-19 di bawah 3,000 untuk hari ketiga berturut-turut.– Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Disember, 2021.

MALAYSIA terus merekodkan kes harian Covid-19 di bawah 3,000 untuk hari ketiga berturut-turut apabila negara mencatatkan 2,897 jangkitan baharu.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes 2,746,833.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke laman web CovidNow pada tengah malam.

Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan (Rt) di seluruh negara berada pada 0.93.

Malaysia merekodkan kurang daripada 1,000 kemasukan ke hospital Covid-19 selama 17 hari sejak 10 Disember, apabila 1,057 pesakit dimasukkan ke hospital. – 28 Disember, 2021.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen