KEMASUKAN ke hospital akibat Covid-19 berada dalam lingkungan 800 buat hari ketiga berturut-turut apabila Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 804 kemasukan semalam.
Negara telah melaporkan kurang daripada seribu kemasukan sejak 17 hari lepas.
Laman web CovidNow menunjukkan kadar penggunaan katil semalam meningkat kepada 63.8 peratus. Bagaimanapun, penggunaan katil untuk pesakit Covid-19 menurun kepada 27.6 peratus semalam berbanding 27.8 peratus sehari sebelumnya.
Kemasukan hospital menunjukkan tahap keterukan virus, manakala penggunaan hospital termasuk penggunaan katil, serta bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan ventilator.
Lembah Klang mencatatkan jumlah kemasukan harian sebanyak 241; Selangor menyumbang 208 daripadanya, Kuala Lumpur (18), dan Putrajaya (15).
Penggunaan katil di Lembah Klang, termasuk untuk kes bukan Covid, pada kadar 57.8 peratus.
Negeri lain yang melaporkan kemasukan baharu ialah Johor (215), Sabah (65), Kelantan (52), Sarawak (40), Perak (37), Terengganu (33), Negeri Sembilan (28), Kedah (27), Pahang (24), Pulau Pinang (18), Melaka (18), Perlis (5), Labuan (1).
Melaka terus melaporkan kadar penggunaan katil tertinggi iaitu 78.7 peratus.

Setakat tengah hari semalam, Malaysia mencatatkan 2,757 kes baharu Covid-19.
Lembah Klang yang terdiri daripada Selangor (565), Kuala Lumpur (135) dan Putrajaya (11) menyumbang 711 kes atau 25.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes semalam.
Negeri lain yang melaporkan kes baharu ialah Johor dengan 361, Kelantan (346), Kedah (273), Pulau Pinang (197), Perak (189), Pahang (180), Terengganu (172), Sabah (125), Negeri Sembilan (92), Melaka (76), Sarawak (21), Perlis (13) dan Labuan (1).
Penggunaan ventilator adalah pada 36.4 peratus manakala penghunian ICU berada pada 55.2 peratus, di mana 36.4 peratus adalah kes koronavirus.
Kes aktif menurun kepada 42,917.
Antaranya, 36,052 pesakit kuarantin di rumah, 3,071 di pusat kuarantin berisiko rendah dan 3,497 di hospital.
Terdapat 297 kes di ICU, 169 daripadanya menggunakan ventilator. – 28 Disember, 2021.
Komen