35 kematian baharu Covid-19, lapor KKM


Ravin Palanisamy

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 35 kematian berkaitan koronavirus semalam, termasuk enam kes kematian sebelum tiba di hospital (DOA).

Pangkalan data GitHub KKM menunjukkan semua kematian adalah kes tertunggak.

Jumlah maut negara kini sebanyak 31,369, di mana 6,334 adalah kes DOA.

Angka kematian harian adalah kematian yang berlaku pada hari sama dan kematian yang baharu disahkan puncanya disebabkan Covid-19 selepas siasatan pihak berkuasa kesihatan.

Selangor melaporkan jumlah kematian terbanyak iaitu 11, diikuti Pulau Pinang (5) dan Perak (4).

Negeri lain yang melaporkan kes kematian ialah Johor dan Kuala Lumpur (masing-masing tiga), Kelantan, Negeri Sembilan dan Sabah (masing-masing dua), Kedah, Melaka dan Pahang (masing-masing satu).

Tiada kematian berkaitan koronavirus dilaporkan di Perlis, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Daripada enam kes DOA yang dilaporkan, dua dilaporkan di Perak, manakala masing-masing satu dilaporkan di Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah dan Selangor.

Kadar kematian Covid-19 tempatan meningkat kepada 0.9 peratus semalam berbanding 0.8 peratus sehari sebelumnya, manakala purata kematian akibat jangkitan adalah 10 dalam setiap sejuta orang. – 28 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen