MALAYSIA merekodkan 2,757 kes jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Ini merupakan hari kedua berturut-turut negara merekodkan kes jangkitan baharu dalam lingkungan 2,000.
Sebanyak 2,743,936 kes Covid-19 telah dilaporkan sejak permulaan wabak itu.
Pecahan kes harian akan dimuat naik di laman web CovidNow pada tengah malam.
Walaupun negara melaporkan ribuan kes harian, Malaysia merekodkan kurang daripada 1,000 kemasukan harian pesakit Covid-19 ke hospital selama 16 hari sejak 10 Disember. – 27 Disember, 2021.
Komen