KKM lapor 843 kes kemasukan ke hospital akibat Covid-19


Ravin Palanisamy

Kali terakhir lebih 1,000 kemasukan adalah pada 10 Disember apabila sebanyak 1,057 orang dimasukkan ke hospital. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Disember 2021.

KEMASUKAN ke hospital akibat Covid-19 berada dalam lingkungan 800 bagi hari kedua berturut-turut, dengan 843 pesakit dimasukkan ke hospital semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Malaysia melaporkan kurang daripada 1,000 kemasukan selama 16 hari berturut-turut. 

Kali terakhir lebih 1,000 kes kemasukan ke hospital adalah pada 10 Disember apabila sebanyak 1,057 orang dimasukkan ke hospital.

Laman web CovidNow menunjukkan kadar penggunaan katil menurun kepada 61.9% semalam daripada 63.3% sehari sebelumnya. 

Daripada angka terkini, 27.8% daripada kemasukan ke hospital dikaitkan dengan Covid-19.

Kemasukan hospital menunjukkan tahap keterukan virus, manakala penggunaan hospital termasuk penggunaan katil, serta bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan ventilator.

Lembah Klang, Selangor (212), Kuala Lumpur (17) dan Putrajaya (11) terus melaporkan jumlah kemasukan harian paling banyak dengan jumlah 240 orang dimasukkan ke hospital.

Penggunaan katil di Lembah Klang, termasuk kes bukan Covid-19 berjumlah 55.5%.

Negeri lain yang melaporkan kemasukan baharu adalah Johor (194), Kelantan (73), Sabah (63), Kedah (50), Perak (42), Negeri Sembilan (39), Sarawak (38), Terengganu (30), Penang (27), Pahang (19), Melaka (17), Perlis (10) dan Labuan (1).

Di antara semua negeri dan wilayah, Melaka mempunyai penggunaan katil keseluruhan tertinggi sebanyak 77.8%.

Sementara itu, Malaysia semalam melaporkan 2,778 kes baharu Covid-19, terendah dalam tempoh lima hari lalu.

Lembah Klang menyumbang 829 jangkitan atau 30% daripada jumlah keseluruhan kes.

Selangor melaporkan 676 kes, Kuala Lumpur (135) dan Putrajaya (18).

Negeri lain yang melaporkan kes baharu ialah Johor 342, Kelantan (311), Pulau Pinang (247), Kedah (169), Terengganu (164), Pahang (162), Perak (161), Melaka (130), Negeri Sembilan (114) , Sabah (108), Sarawak (24), Perlis (11) dan Labuan (6).

Penggunaan mesin ventilator adalah pada 36.3% manakala ICU sebanyak 55.9%, dengan 36.3% adalah kes koronavirus.

Kes aktif menurun kepada 44,815.

 Ia termasuk 37,183 pesakit yang menjalani kuarantin di rumah, 3,783 di pusat kuarantin berisiko rendah, dan 3,543 di hospital.

Terdapat 306 kes dalam ICU dan 170 daripadanya memerlukan ventilator. – 27 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen