MAGHRIBI pada Jumaat melanjutkan tempoh penggantungan penerbangan penumpang antarabangsa sehingga akhir Januari ketika ia cuba mengekang peningkatan kes varian koronavirus Omicron.
Pejabat Lapangan Terbang Kebangsaan (ONDA) mengumumkan “penggantungan semua penerbangan penumpang dari dan ke Maghribi dilanjutkan sehingga 31 Januari 2022”.
Rabat pada awalnya melaksanakan langkah itu bermula akhir November hingga 31 Disember, walaupun mekanisme disediakan untuk warga Maghribi yang terkandas di luar negara pulang.
Tetapi pada Khamis, Rabat menghentikan mekanisme itu, bermakna penutupan de facto sempadan negara.
Kini satu-satunya pergerakan penumpang yang dibenarkan ialah penerbangan penghantaran pulang sekali sahaja untuk warga asing di negara itu, yang dibenarkan bergantung kepada kes oleh Rabat.
Kerajaan juga melarang semua sambutan Ambang Tahun Baru dan mengenakan semula perintah berkurung pada waktu malam.
Perayaan dan perhimpunan kebudayaan dilarang sejak awal bulan ini.
Sekatan itu memberi tamparan hebat kepada sektor pelancongan penting negara Afrika Utara itu, yang sudah teruk terkesan akibat wabak. – AFP, 27 Disember, 2021.
Komen