INDIA akan mula memberi vaksinasi Covid-19 kepada remaja dan dos penggalak kepada populasi dewasa yang berisiko, umum Perdana Menteri Narendra Modi pada Sabtu.
Varian Omicron yang mudah menular sudah dikesan di negara ini dan kementerian kesihatan membangkitkan kebimbangan mengenai penyebarannya.
“Omicron menjadi perbincangan ketika ini,” kata Modi.
“Selepas melihat perkembangan global dan meneliti 11 bulan terakhir kempen vaksinasi Covid-19 kami, saintis kami mengambil keputusan penting hari ini,” katanya.
Sudah tiba masanya untuk lebih berhati-hati dan mengumum vaksin untuk kanak-kanak berumur 15 tahun dan ke atas bermula 3 Januari.
Penjagaan kesihatan dan pekerja barisan hadapan negara, individu berumur 60 tahun ke atas dan warganegara yang mempunyai masalah kesihatan akan mula menerima “dos pencegahan” seminggu kemudian, tambah perdana menteri.
Kempen vaksinasi India bermula dengan perlahan dan teruk pada Januari tetapi meningkat selepas gelombang kedua yang dahsyat pada Mei yang menjejaskan infrastruktur kesihatan negara.
New Delhi sejak itu memberi lebih 1.41 bilion, kebanyakannya dihasilkan dalam negara, dos vaksin Covid-19.
“Kami memahami kepentingan vaksin lebih awal dan kerana itu lebih 61% populasi dewasa sudah menerima kedua-dua dos vaksin mereka dan 90% menerima sekurang-kurangnya satu dos,” kata Modi.
Hampir 480,000 kematian akibat Covid-19 di negara itu adalah yang ketiga tertinggi di dunia, di belakang angka kematian di Amerika Syarikat dan Brazil.
Tetapi kurangnya laporan meluas dan beberapa kajian menganggarkan jumlah sebenar India mungkin meningkat sehingga sepuluh kali ganda. – AFP, 26 Disember, 2021.
Komen