Palestin lapor 5 kes varian Omicron


Jumlah keseluruhan kes varian Omicron di wilayah Palestin setakat ini adalah sebanyak 23. – Gambar AFP, 25 Disember, 2021.

PALESTIN merekodkan lima kes baharu Covid-19 varian Omicron pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu. 

Dalam satu kenyataan, jurucakap kementerian Kamal Al-Shakhra, berkata jangkitan baharu itu dilaporkan di Tebing Barat yang diduduki.

Beliau berkata jumlah keseluruhan kes varian Omicron di wilayah Palestin setakat ini adalah sebanyak 23. 

Pihak berkuasa kesihatan Palestin melaporkan tiga kes pertama varian baharu pada 23 Dis. – Bernama, 25 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen