UK semalam mengumumkan rekod baru kes Covid-19 yang melonjak disebabkan varian Omicron.
Kerajaan melaporkan 122,186 kes baharu dalam tempoh 24 jam, naik lebih 2,000 kes berbanding kes dilaporkan pada Khamis.
UK adalah antara negara terburuk dilanda wabak di Eropah dengan kematian disebabkan virus mencecah 147,857 kes.
Jumlah kes naik 48% dalam tempoh tujuh hari lepas, berbanding minggu sebelumnya, dengan kadar kemasukan ke hospital dan kematian turut naik mendadak.
Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) pada Khamis berkata data menunjukkan risiko kemasukan ke hospital disebabkan jangkitan Omicron kurang 70% berbanding varian Delta sebelum ini.
Agensi kerajaan itu bagaimanapun memberi amaran yang data itu adalah “data awal dan sangat tidak pasti” memandangkan ia hanya berdasarkan set data kecil setakat ini.
Kerajaan tidak akan mengemaskini jumlah kes sehingga 27 Disember disebabkan cuti umum perayaan. – AFP, 25 Disember, 2021.
Komen