KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan 3,528 kes baharu Covid-19 setakat 12 tengah hari tadi, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan menerusi Twitter berkata pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 dalam negara kini 2,735,241 kes.
Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik di laman web CovidNow tengah malam ini, tambahnya.
Hari ini masuk hari keempat berturut-turut kes baharu lebih 3,000.
Dr Noor Hisham juga memaklumkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught Covid-19 bagi seluruh negara adalah 0.90. – 24 Disember, 2021.
Komen