Saya tidak perlukan orang tengah buat rundingan, kata Rosmah


Ravin Palanisamy

Rosmah Mansor menafikan beliau meminta pembantunya menjadi orang tengah runding perjanjian atau menerima rasuah bagi pihaknya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Disember, 2021.

TIDAK perlu menggunakan penjawat awam bagi merundingkan perjanjian atau menerima rasuah sedangkan suaminya Najib Razak adalah ketua kerajaan, kata Rosmah Mansor kepada Mahkamah Tinggi hari ini.

Rosmah memberitahu peguamnya Akberdin Abdul Kader demikian ketika ditanya sama ada beliau menggunakan pembantunya Rizal Mansor untuk merundingkan perjanjian atau menerima rasuah bagi pihaknya.

“Saya tidak pernah meminta Rizal berunding bagi pihak saya dan saya tidak pernah menerima apa yang dinyatakan di mahkamah, yang saya menerima RM1.5 juta dan juga RM5 juta.

“Setahu saya, beliau cuma kakitangan.

“Walaupun saya mahu, mengapa saya perlu menggunakan Rizal sedangkan saya mempunyai suami yang tidur dengan saya. Tidak bolehkan saya suruh beliau melakukannya?

“Sama ada beliau terima atau tidak, itu terpulang kepada suami saya kerana beliau sudah berkali-kali memberi amaran kepada saya supaya tidak terlibat dengan kontraktor atau sebarang urusan perniagaan,” katanya.

Rosmah memberitahu Najib berkata beliau “hanyalah isteri”.

Rizal, yang merupakan saksi pendakwaan perbicaraan ini, sebelum ini memberi keterangan yang Rosmah menerima RM6.5 juta bagi peranannya membantu Jepak Holdings Sdn Bhd memperoleh projek hibrid solar RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Rizal berkata beliau menghantar sendiri RM5 juta itu ke kediaman rasmi perdana menteri Najib ketika itu di Putrajaya pada Disember 2016, manakala RM1.5 juta lagi dihantar ke kediaman peribadi mereka di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur oleh Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsuddin.

Jadi “kambing hitam”

Rosmah juga memberitahu mahkamah beberapa individu yang terlibat secara langsung dalam projek solar itu menjadi saksi pendakwaan untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Rosmah berkata bagi mengelakkan diri tidak didakwa, Rizal, bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid dan bekas ketua setiausaha kementerian Madinah Mohamad dan Alias ​​Ahmad sebaliknya menuding jari kepadanya, menjadikan beliau “kambing hitam”.

Beliau berkata Mahdzir, Madinah dan Alias ​ menyalahgunakan kuasa mereka dalam memberikan Jepak projek itu, sambil mendakwa Rizal adalah penerima terbesar projek itu. – 24 Disember, 2021.     

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen