MALAYSIA merekodkan 44 kematian Covid-19 semalam, dengan 10 daripadanya kematian di luar hospital, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 kepada 31,265.
Data GitHub menunjukkan Perak melaporkan kematian paling ramai iaitu 14, diikuti Pulau Pinang (7) dan Selangor (6).
Kelantan melaporkan tiga kematian, Pahang (2), Terengganu dan Kuala Lumpur masing-masing (4).
Satu kematian dilaporkan di Johor, Kedah, Negeri Sembilan dan Sabah.
Tiada kematian dilaporkan di Melaka, Perlis, Sarawak, Labuan and Putrajaya.
Kadar kematian di Malaysia kekal 0.7% setakat semalam, dengan purata kematian koronavirus negara, 11 bagi setiap sejuta populasi. – 24 Disember, 2021.
Komen