KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan 3,510 kes baharu Covid-19 yang dikesan setakat 12 tengah hari tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan menerusi Twitter berkata pertambahan itu menjadikan jumlah jangkitan Covid-19 dalam negara kini mencecah 2,731,713 kes.
Hari ini masuk hari ketiga berturut-turut kes baharu lebih 3,000, dengan 3,519 kes direkodkan semalam, manakala 3,140 pada Selasa. Sebanyak 2,589 kes dilaporkan pada Isnin.
Pecahan kes baharu mengikut negeri akan dimuat naik di laman web CovidNow selepas tengah malam ini, kata Dr Noor Hisham.
Sementara itu, data di laman web CovidNow menunjukkan seramai 959 individu positif Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam.
Kadar penggunaan katil hospital di seluruh negara adalah 63.0%, dengan 27.8% adalah kes Covid-19. – 23 Disember, 2021.
Komen