KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 29 kematian baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu sehinga tengah malam menjadikan jumlah kematian terkumpul kepada 31,221.
Kesemua kematian yang dilaporkan diklasifikasikan sebagai kes tertunggak.
KKM memperoleh angka harian daripada jumlah kematian yang dilaporkan pada hari tertentu termasuk kes tertunggak yang baru disahkan oleh KKM selepas menyelesaikan siasatan klinikal mereka.
Menurut data GitHub KKM enam mangsa dilaporkan meninggal dunia di luar hospital.
Pahang mencatatkan kematian tertinggi dengan enam kes diikuti Perak dengan lima kes.
Negeri lain yang mencatatkan kematian baharu ialah Johor, Selangor and Terengganu (masing-masing 3); Sabah (2); serta Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan (masing-masing 1).
Kuala Lumpur, Sarawak, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya tidak melaporkan sebarang kematian.
Setakat ini purata terdapat 12 kematian bagi setiap sejuta penduduk di seluruh negara tetapi angka ini ialah 36 kematian bagi setiap sejuta penduduk di Terengganu. – 23 Disember, 2021.
Komen