SEBANYAK 959 pesakit dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 semalam, menurut laman web CovidNow.
Kadar penggunaan katil hospital keseluruhan di seluruh negara adalah pada 63.9% di mana 27.8% adalah untuk pesakit Covid-19.
Lembah Klang mencatatkan kemasukan harian tertinggi sebanyak 284 dengan Selangor menyumbang sebahagian besar daripada kemasukan sebanyak 237 diikuti Putrajaya 30 dan Kuala Lumpur 17.
Negeri dan wilayah persekutuan lain yang melaporkan kemasukan baharu ialah Johor (221), Kedah (24), Kelantan (76), Melaka (19), Negeri Sembilan (40), Pahang (31), Perak (42), Perlis (7), Pulau Pinang (22), Sabah (86), Sarawak (60) dan Terengganu (47).
Labuan adalah satu-satunya tidak melaporkan sebarang kemasukan ke hospital.
Dari segi kadar penggunaan hospital Kelantan merupakan negeri tertinggi dengan 80.7% kapasiti katil di hospital digunakan.
Sementara itu kadar penggunaan ventilator adalah pada 36.4% dan Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 56.7%.
Sehingga tengah malam terdapat 49,395 kes aktif Covid-19 di Malaysia. Daripada jumlah ini terdapat 338 kes aktif di ICU dengan 186 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu 42,043 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 3,443 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah manakala 3,571 dimasukkan ke hospital.
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 3,519 jangkitan baharu semalam.
Semua negeri dan wilayah persekutuan melaporkan jangkitan di bawah 1,000 kes.
Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 945 kes.
Negeri lain yang merekodkan kes baharu ialah Kelantan (375), Sabah (271), Johor (467), Kedah (219), Pahang (214), Pulau Pinang (192), Sarawak (72), Perak (158), Kuala Lumpur ( 279), Sabah (202), Sarawak (30), Terengganu (210), Melaka (67), Negeri Sembilan (121), Perlis (13), Putrajaya (20) dan Labuan (7). – 23 Disember, 2021.
Komen