KKM lapor 57 kematian baharu Covid-19


Aminah Farid

Sebanyak 57 kematian baharu Covid-19 dilaporkan setakat semalam dengan lima daripadanya diklasifikasikan sebagai meninggal dunia di luar hospital. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Disember, 2021.

MALAYSIA melaporkan 57 kematian baharu Covid-19 setakat tengah malam dengan lima diklasifikasikan sebagai meninggal dunia di luar hospital, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Kematian baharu itu menjadikan jumlah kematian akibat koronavirus sebanyak 31,192.

Angka kematian harian adalah jumlah kematian yang dilaporkan pada hari berkenaan ditambah kes tertunggak yang baru disahkan oleh KKM disebabkan oleh Covid-19. 

Menurut data Github KKM Pulau Pinang dan Selangor mencatatkan kematian tertinggi iaitu sebanyak sembilan kes.

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kematian ialah Perak (7), Kuala Lumpur (6), Terengganu (6), Negeri Sembilan (5), Kedah (4), Kelantan (4), Johor (2), Pahang (2), Sabah (2) dan Perlis (1).

Tiada kematian dilaporkan di Melaka, Putrajaya, Labuan dan Sarawak.

Kadar kematian Covid-19 berada pada 0.7%. – 22 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen