LIMA puluh tiga ribu anggota Penggerak Komuniti Negara (PKN) telah menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang baharu ditubuhkan hari ini di bawah pengerusinya Hizwan Ahmad.
Hizwan berkata beliau sedang berusaha untuk meyakinkan lebih 200,000 hingga 300,000 lagi anggota PKN untuk menyertai PBM.
Bekas ahli Bersatu dan bekas setiausaha politik kepada Zuraida Kamaruddin berkata PKN telah mencadangkan agendanya kepada kepimpinan PBM yang akan tertumpu kepada memperkasa belia dan wanita.
PKN telah didaftarkan di bawah Pendaftaran Pertubuhan pada 16 Jun tahun lepas, dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida menggembar-gemburkannya pada masa itu sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan bagi membantu inisiatif di bawah portfolionya sebelum ini iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
“30 tahun dalam ketidakmatangan politik daripada kedua-dua belah kerajaan dan pembangkang telah merugikan kita,” kata Hizwan pada sidang media selepas pelancaran itu.
“Sebagai Milenial, saya bercakap untuk golongan Milenial dan Zoomer yang lain apabila saya kata kita sudah muak dengan politik perkauman dan agama sejak 64 tahun yang telah memecahbelahkan negara ini. Kami sertai PBM kerana kami mahu platform politik berbilang kaum, inklusif, yang relevan sepenuhnya untuk rakyat progresif,” katanya.
Menggelar sebagai “The Great Reset”, PKN di bawah PBM berusaha untuk memperbetulkan apa yang mereka anggap sebagai 30 tahun Malaysia ketidakmatangan politik daripada kedua-dua belah kerajaan dan pembangkang.
Bagaimanapun, Hizwan berkata, kepimpinan PBM ketika ini masih belum lengkap dan Pendaftaran Pertubuhan meminta mengadakan mesyuarat agung julung kali bagi menentukan peranan kepimpinannya.
PBM diwujudkan daripada pengambilalihan Parti Pekerja Sarawak, yang diasaskan oleh bapa Larry, Sng Chee Hua.
Tokoh penting dalam penubuhan PBM ialah bekas ketua PKR Sarawak Larry Sng, yang juga ahli Parlimen Julau.
Naib presiden kanan PBM ialah ahli Parlimen Tebrau Steven Choong, yang dahulunya ahli PKR.
Laporan mengatakan ada desakan supaya Zuirada menerajui PBM. Presiden PBM ketika ini Mohmad Sukri Yusri merupakan seorang yang tidak dikenali manakala timbalannya ialah Larry.
Kumpulan pembelot PKR itu, yang diketuai oleh bekas timbalan presidennya Azmin Ali dan bekas naib presiden Zuraida, pada mulanya merancang untuk menubuhkan parti mereka sendiri namun memilih menyertai Bersatu.
“Setakat ini, beberapa nama besar telah dicadangkan jadi kami agak teruja untuk mengetahui yang PBM sudah mendapat permintaan walaupun baru,” kata Hizwan. – 21 Disember, 2021.
Komen