30,632 mangsa banjir di Selangor, dijangka bertambah, kata MB


Elill Easwaran

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari pada sidang akhbar hari ini berkata angka mangsa banjir dijangka bertambah dalam tempoh beberapa hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abdul Halim, 21 Disember, 2021.

MENTERI Besar Selangor Amirudin Shari berkata kerajaan negeri menjangkakan angka mangsa banjir akan bertambah dalam tempoh beberapa hari walaupun ketika cuaca bertambah baik.

Beliau berkata setakat ini 30,632 terpaksa keluar meninggalkan rumah masing-masing susulan hujan lebat hujung minggu lalu.

Katanya, ada beberapa sebab mengapa situasi banjir di sesetengah bahagian di negeri ini tidak akan bertambah baik dalam masa terdekat.

Air dari kawasan hulu sungai kini melimpah ke kawasan rendah, menyebabkan sungai melimpah, katanya dan menambah ini apa yang sedang berlaku di Kuala Selangor dan Kuala Langat. – 21 Disember, 2021.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen