KKM lapor 43 kematian baharu Covid-19


Sebanyak 43 kematian baharu Covid-19 dilaporkan semalam yang menyaksikan peningkatan daripada 19 kematian yang dilaporkan sehari sebelumnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Disember, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 43 kematian baharu Covid-19 semalam yang menyaksikan peningkatan daripada 19 kematian yang dilaporkan sehari sebelumnya.

Menurut data mentah GitHub KKM lapan merupakan kes kematian di luar hospital iaitu jumlah dua kali ganda berbanding empat yang diumumkan semalam.

Semua kematian adalah kes tertunggak. Angka kematian negara kini berjumlah 31,135 manakala jumlah kumulatif di bawah kategori kematian di luar hospital ialah 6,290.

Angka kematian harian adalah jumlah kematian yang dilaporkan pada hari berkenaan ditambah kes tertunggak yang baru disahkan oleh KKM disebabkan oleh Covid-19.

Pulau Pinang mencatatkan jumlah kematian tertinggi semalam iaitu 10 diikut Johor (6), Kedah (5), Kelantan, Sabah and Terengganu (masing-masing 4), Pahang (2), Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis (masing-masing 1). 

Lembah Klang mencatatkan lima kematian semalam dengan tiga di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tiada kematian berkaitan koronavirus di Perak, Labuan dan Sarawak.

Daripada lapan kes meninggal dunia di luar hospital, empat berlaku di Johor dan masing-masing satu di Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan Terengganu.

Kadar kematian virus tempatan kekal pada 0.7% dan purata nasional bagi kematian Covid-19 kekal pada 11 bagi setiap populasi sejuta. – 21 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen