UK batal sambutan Tahun Baharu susulan lonjakan kes Covid-19


Lebih 147,000 kematian akibat Covid-19 direkodkan di United Kingdom sepanjang wabak melanda. – Gambar EPA, 21 Disember, 2021.

SAMBUTAN Tahun Baharu di London akan dibatalkan susulan kebimbangan meningkat terhadap lonjakan kes virus yang dicetuskan oleh varian Omicron, kata datuk bandar ibu negara Britain itu semalam.

Sadiq Khan berkata jangkitan meningkat di bandar itu dan beliau perlu melakukan segala yang mungkin untuk memperlahankan penyebaran varian baharu itu.

“Ini bermakna kami tidak lagi menganjurkan acara sambutan untuk 6,500 penduduk di Dataran Trafalgar pada malam Tahun Baharu ini. 

“Ini akan sangat mengecewakan bagi kebanyakan warga London tetapi kita mesti mengambil langkah yang betul untuk mengurangkan penyebaran virus itu,” katanya.

Pihak berkuasa bandar berkata akan ada “siaran ulangan yang menakjubkan” di BBC berbanding menyambutnya di bandar itu.

Paris sudah mengumumkan pertunjukan bunga api tahunannya dan acara lain akan dibatalkan serta Jerman dijangka mengikut langkah berkenaan dengan rancangan untuk menutup kelab malam.

Kadar kes harian berulang kali memecahkan rekod sepanjang minggu lalu ketika negara itu – salah satu negara Eropah yang paling teruk dilanda virus itu dengan lebih 147,000 kematian semasa wabak melanda. – AFP, 21 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen