Kuasa media sosial, sukarelawan bantu selamatkan penduduk Taman Sri Muda


Elill Easwaran

Bot digunakan untuk menghantar makanan kepada beberapa mangsa yang terkandas di Taman Sri Muda dan juga bagi membawa yang lain ke tempat yang selamat. – Gambar The Malaysian Insight, 20 Disember, 2021.

SEKURANG-KURANGNYA 50 bot kecil dan kayak dilancarkan oleh sukarelawan rakyat bagi membantu penduduk yang dilanda banjir di Taman Sri Muda di Shah Alam semalam.

Bot itu digunakan untuk menghantar makanan kepada beberapa mangsa yang terkandas dan juga bagi membawa yang lain ke tempat yang selamat.

Berdasarkan pemerhatian The Malaysian Insight di tempat kejadian yang dinaiki air sedalam kira-kira 8 kaki, sekurang-kurangnya 100 individu menawarkan diri membantu.

Beberapa sukarelawan berkata mereka memutuskan untuk membantu selepas menyedar bantuan rasmi tidak diberikan kepada penduduk Taman Sri Muda yang sebahagian daripada mereka berkongsi tentang nasib mereka dan rayuan bantuan di media sosial sejak Sabtu.

Ramai yang berkata mereka sudah hampir 24 jam tidak makan dan terkandas di atas bumbung atau tingkat atas rumah mereka.

Seorang sukarelawan Ean Tai, 28, berkata dia meminjam kayak daripada jiran di Damansara. 

Dia dan rakannya memutuskan untuk membantu selepas membaca rayuan mangsa banjir di media sosial.

“Sudah lebih 24 jam dan saya tidak tahu mengapa tiada pihak berkuasa yang munculkan diri.

“Mereka sepatutnya menghantar helikopter dan pasukan penyelamat dengan segera,” katanya kepada The Malaysian Insight malam tadi. – 20 Disember, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen