Mesir lapor kes pertama varian Omicron


Mesir merekodkan sejumlah 373,509 kes Covid-19 termasuk 21,277 kematian. – Gambar EPA, 18 Disember, 2021.

MESIR mengesahkan tiga kes pertama varian Omicron, menurut kenyataan kementerian kesihatan pada Sabtu.

Dua daripada kes itu tidak menunjukkan sebarang gejala manakala yang ketiga mempunyai gejala ringan, lapor agensi berita Anadolu.

Ketiga-tiga mereka kini dikuarantin.

Varian Omicron pertama kali dilaporkan di Afrika Selatan pada akhir November, setakat ini ia merebak ke lebih 70 negara, satu fenomena yang disifatkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai “membimbangkan”.

Mesir, negara paling ramai penduduk di dunia Arab, merekodkan sejumlah 373,509 kes Covid-19 termasuk 21,277 kematian. – Bernama, 18 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen