KKM lapor 4,083 jangkitan baharu Covid-19


Aminah Farid

MALAYSIA mencatatkan 4,083 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 kini 2,715,847.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke laman web CovidNow selepas tengah malam.

Sementara itu, 978 pesakit telah dimasukkan ke hospital semalam. Sebanyak 66.1 peratus katil hospital di seluruh negara sedang digunakan, di mana 31 peratus daripadanya terdiri daripada pesakit Covid-19.

Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan ketika ini pada 0.90. – 18 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen