KKM lapor 18 kematian Covid-19


Aminah Farid

Jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 31,044 kes, lapor KKM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Disember, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 18 kematian akibat Covid-19 setakat 11.59 malam tadi, termasuk satu kes berlaku di luar hospital (brought in dead).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 31,044 kes, menurut KKM.

Angka kematian harian yang dilaporkan oleh KKM merangkumi jumlah kematian baharu dan kes tertunggak, dengan ada antara mangsa meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Oleh itu, laporan harian mungkin berbeza dari jumlah kematian sebenar yang berlaku dalam sehari.

Berdasarkan data dikeluarkan GitHub, Perak catat angka kematian tertinggi iaitu tujuh kes.

Di negeri-negeri lain, tiga kes direkodkan di Selangor, Kelantan (2), Negeri Sembilan (2), Sabah (2), Johor (1) dan Perlis (1).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. 

Kadar kematian Covid-negara adalah 0.7%. – 18 Disember, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen