MALAYSIA merekodkan jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital bawah 1,000 buat hari kelima berturut-turut selepas 978 kemasukan direkodkan semalam, lapor Kementerian Kesihatan.
Sehari sebelum itu, sejumlah 948 orang dimasukkan ke hospital kerana Covid-19.
Menurut laman web CovidNow, kadar penggunaan katil hospital di seluruh negara berada pada 66.1%, dengan 31% daripadanya melibatkan pesakit Covid-19.
Tahap kemasukan ke hospital adalah petunjuk keseriusan wabak, dan kemasukan ke hospital meliputi kadar penggunaan katil, jumlah pesakit di dalam unit rawatan rapi (ICU) dan menggunakan bantuan alat pernafasan.
Lembah Klang mencatatkan kemasukan harian tertinggi pada 304, dengan 253 di Selangor, 34 di Kuala Lumpur, dan 17 di Putrajaya.
Negeri lain yang turut melaporkan kemasukan baharu ialah Johor (217), Kedah (27), Kelantan (58), Melaka (18), Negeri Sembilan (56), Pahang (27), Perak (57), Perlis (13), Pulau Pinang ( 32), Sabah (84) Sarawak (34), Terengganu (50) dan Labuan (1).
Setakat tengah malam tadi, terdapat 54,475 kes aktif Covid-19 di Malaysia. Daripada jumlah ini, 400 kes dirawat di ICU dengan 198 daripadanya menggunakan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, 46,457 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 4,566 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah dan 4,052 dimasukkan ke hospital.
Setakat tengah hari semalam, sebanyak 4,362 kes jangkitan baharu dilaporkan.
Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,441 kes.
Negeri dan wilayah lain yang turut mencatatkan kes baharu ialah Johor (399), Kedah (240), Kelantan (395), Melaka (152), Negeri Sembilan (185), Pahang (323), Perak (180), Perlis (21), Pulau Pinang (272), Sabah (166), Sarawak (24), Terengganu (228), Kuala Lumpur (298), Labuan (10) dan Putrajaya (28). – Bernama, 18 Disember, 2021.
Komen