PRESIDEN Perancis Emmanuel Macron membatalkan lawatan ke Mali untuk bertemu pemimpin baharunya Kolonel Assimi Goita selepas negara Eropah itu mengumumkan langkah baharu untuk memerangi koronavirus.
Pemimpin Perancis itu akan bertemu dengan pemimpin Mali itu pada Isnin, yang merupakan pertemuan pertama sejak mengangkat sumpah jawatan pada Jun selepas mengetuai rampasan kuasa kedua negara itu dalam tempoh kurang setahun.
Macron juga sepatutnya melakukan lawatan Krismas ke kem tentera Perancis yang ditempatkan di sana untuk memerangi pemberontakan di negara itu.
“Keputusan ini diambil selaras dengan langkah yang diumumkan di peringkat nasional dan agenda antarabangsa presiden, dan untuk tidak mendedahkan tentera kami ketika Perancis memerangi gelombang kelima virus itu,” kata presiden itu satu kenyataan.
Pihak presiden bagaimanapun berkata hidangan Krismas yang disediakan oleh chef presiden akan diterbangkan kepada anggota tentera Perancis yang ditempatkan di negara berkenaan.
Tambahnya mengaturkan pertemuan dengan Goita menjadi rumit walaupun sebelum pembatalan.
Macron ingin mengadakan pertemuan dengan Goita dengan kehadiran Presiden Ghana Nana Akufo-Addo dan pemimpin Chad Mahamat Idriss Deby Itno, tetapi Chad menolak format ini.
Chad dan negara jiran lain turut terlibat dalam memerangi pemberontak. – AFP, 18 Disember, 2021.
Komen