G7 pada Khamis menggelar varian Omicron sebagai “ancaman terkini terbesar kepada kesihatan awam global”, berkata kemunculannya bermakna negara -negara perlu bekerjasama lebih rapat.
“Bimbang dengan peningkatan kes, para menteri bersetuju perkembangan ini perlu dilihat sebagai ancaman semasa terbesar kepada kesihatan awam global,” menurut Britain, yang kini pengerusi kumpulan itu, berkata dalam satu kenyataan.
“Lebih penting untuk bekerjasama rapat, dan memantau serta berkongsi data,” tambahnya.
Menteri kesihatan G7 sebelum ini mengadakan mesyuarat terakhir mereka yang dihoskan oleh Britain, yang menyaksikan kadar kes meningkat sejak beberapa hari kebelakangan ini, mencatatkan jumlah rekod pada Khamis.
Para menteri memberi tumpuan kepada akses global kepada diagnostik, penjujukan genom, vaksin dan terapeutik dalam usaha untuk memerangi penularannya.
“Mereka juga bersetuju mengenai peningkatan kepentingan kempen penggalak dan ujian tetap di samping langkah bukan farmaseutikal yang berterusan,” kata kenyataan itu. – AFP, 17 Disember, 2021.
Komen