4,362 kes baharu Covid-19, lapor KKM


MALAYSIA mencatatkan 4,362 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham.

Ini menjadikan beban dipikul negara sebanyak 2,711,764.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke laman web CovidNow selepas tengah malam.

Sementara itu, 948 pesakit telah dimasukkan ke hospital semalam. Kadar penggunaan katil hospital seluruh negara kini mencapai 67.1 peratus, dengan 32.6 peratus adalah pesakit Covid-19.

Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan kini 0.92. – 17 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen