JUMLAH kematian akibat Covid-19 di Malaysia mencecah 31,026 semalam dengan penambahan 37 kes kematian, lapor Kementerian Kesihatan.
Empat daripada kes kematian baharu adalah kematian luar hospital.
Angka kematian harian adalah jumlah kematian yang dilaporkan pada hari tersebut ditambah kes tertunggak yang baru disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan disebabkan oleh Covid-19.
Menurut data Github kementerian, Pulau Pinang mencatatkan kes kematian paling tinggi iaitu enam.
Negeri dan wialayh lain yang turut merekodkan kes kematian adalah Kedah (4), Perak (4), Terengganu (4), Negeri Sembilan (3), Pahang (3), Selangor (3), Sabah (2), Kuala Lumpur (2), Kelantan (1) dan Melaka (1).
Tiada kes kematian baharu direkodkan di Labuan, Putrajaya, Sarawak, dan Perlis.
Kadar kematian Malaysia kekal pada 0.8%. – 17 Disember, 2021.

Komen