Malaysia rekod 4,262 jangkitan baharu Covid-19


Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di negara ini kini mencecah 2,707,402 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Disember, 2021.

MALAYSIA mencatatkan 4,262 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jangkitan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 2,707,402 kes.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik di laman web CovidNow selepas tengah malam.

Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan (Rt) di seluruh negara berada pada 0.92.

Sehingga semalam, sebanyak 97.4% atau 25.5 juta populasi dewasa di negara ini sudah mendapat suntikan lengkap.

Berdasarkan portal CovidNow Kementerian Kesihatan, 86.7% daripada populasi remaja atau lebih 2.7 juta individu sudah lengkapkan vaksinasi mereka manakala 89.9% atau lebih 2.8 juta dalam kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 168,716 dos vaksin diberikan semalam, dengan 4,246 sebagai dos pertama, 5,125 sebagai dos kedua dan 159,345 sebagai suntikan dos penggalak.

Ini menjadikan jumlah dos vaksin yang diber sebanyak lebih 55.3 juta di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. – 16 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen