KKM lapor 33 kematian baharu Covid-19 


MALAYSIA merekodkan 33 kematian Covid-19 semalam, yang mana empat daripadanya disahkan meninggal dunia di luar hospital, kata Kementerian Kesihatan.

Angka baharu itu menjadikan jumlah kematian Covid-19 kepada 30,989.

Angka kematian harian adalah jumlah kematian yang dilaporkan pada hari tersebut ditambah kes tertunggak yang baru disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan disebabkan oleh Covid-19.

Data GitHub kementerian menunjukkan Terengganu merekodkan tujuh kematian, yang merupakan jumlah tertinggi mengikut negeri atau wilayah.

Kelantan dan Selangor melaporkan lima kematian, Perak dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan empat kematian, Johor dan Kedah masing-masing tiga, manakala Pahang melaporkan dua kematian.

Tiada kematian dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Labuan atau Putrajaya.

Kadar kematian Malaysia kekal pada 0.8% setakat semalam, dengan purata nasional bagi kematian koronavirus pada 12 bagi setiap sejuta penduduk. – 16 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen