41 lagi pelajar Politeknik Nilai positif Covid-19


Sebelum ini, seramai 11 pelajar Politeknik Nilai dikesan positif pada 8 Disember melalui ujian saringan bersasar yang dilakukan pada 3 hingga 6 Disember. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Disember, 2021.

SEBANYAK 41 kes baharu Covid-19 dikesan di Politeknik Nilai hari ini menjadikan keseluruhan 52 kes setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S Veerapan berkata kes tersebut dikesan selepas ujian saringan dilakukan ke atas 440 pelajar di institusi berkenaan.

“Seramai 10 pelajar yang positif dihantar untuk menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Tampin serta seorang menerima pemantauan di hospital manakala selebihnya kuarantin di blok asrama,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, seramai 38 kontak rapat telah diasingkan di blok asrama yang berbeza.

Sebelum ini, seramai 11 pelajar dikesan positif pada 8 Disember lepas melalui ujian saringan bersasar yang dilakukan pada 3 hingga 6 Disember. – Bernama, 15 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen