3,900 kes baharu Covid-19 dilapor hari ini, kata KP kesihatan


Aminah Farid

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 negara kini mencecah 2,703,140 juta. – Gambar EPA, 15 Disember, 2021.

MALAYSIA mencatatkan 3,900 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah jangkitan baharu hari ini lebih rendah berbanding semalam yang melaporkan 4,097 kes.

Angka baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes virus negara sebanyak 2,703,140 juta.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke laman web CovidNow selepas tengah malam.

Sementara itu, 997 orang dimasukkan ke hospital semalam dengan penggunaan katil sebanyak 68.3% dan 33.7% adalah untuk pesakit Covid-19.

Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan pada masa ini ialah 0.93. – 15 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen